Connect with us

Jenayah

[VIDEO] 11 Individu Disyaki Geng Kongsi Gelap Ditahan Selepas Video ‘Sambut Hari Bapa Langgar SOP’ Tular Di Media Sosial

Polis menahan 11 individu termasuk dua wanita yang disyaki terlibat dengan kegiatan kumpulan kongsi gelap ‘Geng 35’ dalam operasi di sekitar Kulim, semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis sebelum itu mengesan satu video berdurasi 44 saat di aplikasi ‘TikTok’ yang memaparkan seorang individu sedang memotong kek berbentuk nombor ‘35’ di dalam sebuah rumah.

“Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim telah mengesan video berkenaan pada pukul 7 malam, semalam yang dimuat naik di dalam aplikasi tersebut oleh seorang individu yang turut memaparkan seramai 15 individu berkumpul di dalam sebuah rumah tanpa penjarakan fizikal.

“Hasil risikan dijalankan mendapati kejadian berlaku di rumah salah seorang suspek yang meraikan sambutan Hari Bapa,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar hari ini.

Advertisement

Beliau berkata susulan penyebaran video itu polis menahan 11 individu tersebut berusia 26 hingga 61 tahun kerana disyaki terlibat dalam kegiatan kongsi gelap dan beberapa barangan seperti telefon bimbit dan cincin milik suspek turut dirampas.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan 10(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Sementara itu, dalam kes berasingan Kamarul Zaman berkata polis menahan empat lelaki dan dua wanita berumur antara 19 hingga 50 tahun yang terlibat dalam aktiviti penganjuran pertaruhan bola sepak Piala Euro 2020 di Sungai Petani pada 11.30 malam semalam.

Beliau berkata dalam serbuan hasil maklumat awam itu, pihaknya turut merampas 11 unit telefon bimbit, satu set komputer, tiga unit komputer riba, satu unit modem dan wang tunai berjumlah RM3,000.

“Kumpulan yang aktif sejak hampir lapan bulan lepas ini dipercayai melakukan aktiviti mengurus serta menganjurkan pertaruhan bola sepak Piala Euro 2020 dan mempromosi perjudian dalam talian yang menyasarkan pelanggan di Malaysia dan memperoleh keuntungan lebih kurang RM50,000 hingga RM70,000 sebulan,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata kumpulan itu disyaki mengurus serta menjalankan aktiviti perjudian dalam talian menggunakan pelbagai laman sesawang perjudian dan kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel