Connect with us

Jenayah

Tak Perasan Kerana Perut Kecil, Ibu Terkejut Anak Umur 13 Tahun Bersalin Dipercayai Dirogol Sepupu

Seorang ibu tidak menyangka apabila melihat anak perempuannya yang baru berusia 13 tahun tiba-tiba bersalin di kediaman mereka di sebuah perkampungan di Kota Belud, Sabah, kelmarin.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian berlaku pada 3 pagi ketika wanita berkenaan tersedar daripada tidur dan mendapati anaknya yang berusia 13 tahun sedang membersihkan bayi perempuan. Si ibu tidak perasan bahawa anaknya itu sedang mengandung memandangkan perutnya kelihatan kecil.

Sejurus sedar dengan insiden tersebut, mereka dibawa ke Hospital Kota Belud untuk diberi rawatan. Menurut Supritendan Sahimi Husin selaku Ketua Polis Kota Belud, siasatan awal mendapati mangsa pernah dirogol oleh sepupu yang berusia 14 tahun sebanyak tiga kali sejak Ogos lalu.

“Suspek sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam dan hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel