Connect with us

Pilihan Editor

[VIDEO] ‘Adik Nak Selipar Frozen…’ – Kasih Sayang Seorang Bapa, Sanggup Berjalan Jauh Demi Beli Selipar Anak Untuk Anak Tersayang

Tular di media sosial ketika ini sebuah video memaparkan kegigihan seorang bapa yang sanggup berjalan jauh semata-mata untuk membeli selipar demi melihat anaknya yang tersayang tersenyum gembira.

Benarlah kata orang kasih seorang bapa membawa sehingga ke syurga, begitulah yang dapat digambarkan menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok Anne di akaun miliknya.

Kebaikan hati dua orang wanita ini yang tampil membantu setelah melihat seorang pak cik sedang mendukung anak perempuannya untuk pergi ke kedai telah mengundang rasa sayu dan menjentik hati netizen.

Kerana terlalu kasihan melihat dua beranak ini, mereka membuat keputusan untuk menumpangkan mereka ke kedai untuk membeli selipar, tapi malangnya selipar yang dicari tiada di kedai tersebut.

Advertisement

Anne menjelaskan lagi, selepas mereka mengetahui rumah pak cik ini tiada bekalan makanan yang cukup, mereka turut membantu membelikan beberapa keperluan dapur untuk kegunaan harian.

“Saya belikan barangan asas. Adik minta beli makanan kucing. Dia ada bela kucing katanya. Ni je mampu sebab saya bukan orang kaya.”

“Kat kaunter ada jual buah potong. Ada buah tembikai. ‘Nak tembikai tu boleh? saya bayar sendiri’ kata adik.”

Mereka kemudian menuju ke kedai lain untuk mencari selipar Frozen kanak-kanak itu.

“Pak cik bisik dekat saya ‘pak cik nak sepasang boleh tak?’ Ambillah pak cik. Saya hadiahkan selipar yang tak seberapa ini untuk pak cik dan adik ya.”

Advertisement

“Gembira adik ni terus pakai. Pak cik pun sama. Rupanya selipar dia dah berlubang. Kenapalah saya tak tahu tadi sampai pak cik ni minta pada saya.. Allah.”

Selesai membeli keperluan untuk dua beranak tersebut, mereka kemudiannya menghantar mereka pulang ke rumah.

Walaupun rumah mereka serba kekurangan namun mereka masih bersyukur kerana mempunyai tempat berteduh.

Selepas tular kisah mengenai pakcik dan kanak-kanak tersebut, ramai yang tampil menghulurkan bantuan.

“Terbaik semua semoga korang dibawah rahmat Allah. Bagi yang x mampu nk derma..doa pun dah cukup dari jauh. Allhamdulillah..terima kasih semua”

Advertisement
@annerich123kesian jalan jauh nak beli selipar katanya..sedih ya Allah..tunggu part 2 ya..♬ original sound – Pijah Mohamad – MMC MASAKMASAKCEKYANA

@annerich123PART 2 Puas pakcik ni cari kerja tapi tak dpt..umur dia dh 59 tahun..x de org nak terima katanya. #kisahepasangselipar♬ It ’s a song that imagines loneliness.(908945) – ARCADE

@annerich123PART 3 Saya x minta pujian, ikhlas membantu..sesiapa nak bantu boleh mesej saya ya. #kisahepasangselipar♬ I’tiraf (Seruling) – Instrumental – Bakhtiar Baharin

@annerich123PART 4 (LAST) Allhamdulillah, syukur segala sesuatu. ##kisahsepasangselipar ##pakcikdanadik♬ original sound – Deco tomel suprise (Anne)

@annerich123Terbaik semua semoga korang dibawah rahmat Allah. Bagi yang x mampu nk derma..doa pun dah cukup dari jauh. Allhamdulillah..terima kasih semua🥰🍓♬ Alhamdulillah – 2020 Version – Nagita Slavina

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel