Connect with us

Pilihan Editor

PKP 3.0 Tak Akan Ditamatkan Esok, Bantuan Bakal Menyusul – Perdana Menteri

Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan PKP tidak akan tamat esok memandangkan bilangan kes masih cecah melebihi 4,000 sehari.

Tan Sri Muhyidin Yassin berkata Fasa Pertama dalam Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan sehingga nilai ambang kes Covid-19 kurang dari 4,000 kes sehari.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara bagi menghadapi gelombang ketiga Covid-19. Tambah Perdana Menteri lagi, fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 kekal sehingga ketiga-tiga indikator dalam Pelan Pemulihan Negara dicapai.

Beliau berkata, susulan langkah itu juga, kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada esok atau Selasa ini.

Advertisement

Terdapat 4 fasa yang Pelan Pemulihan Negara yang telah dikongsi pihak kerajaan sebelum ini. Fasa 1 seharusnya dijangka tamat pada awal bulan Julai berdasarkan purata kes bawah dari 4,ooo sehari. Namun bagaimanapun, fasa ini dilihat kurang berjaya apabila bilangan kes masih mencatatkan lebih 5 ribu sehari dan dilanjutkan.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel