Connect with us

Global

Suami Bunuh, Buang Mayat Isteri Hamil 6 Bulan Dalam Tangki Septik

Mayat seorang wanita hamil dengan kandungannya berusia enam bulan ditemui dalam tangki septik, menggemparkan penduduk di Taman Perumahan Griya Sakti, Riau, Indonesia.

Mayat mangsa ditemui pada Selasa, 8 Jun 2021 dan suspek yang membunuh wanita itu merupakan suaminya sendiri yang dikenali sebagai Alex Iskandar, 28.

Alex nekad membunuh isterinya, Siti Hamidah, 32, yang kemudian dibuangkan di dalam tangki septik. Suspek mengaku dia berbuat demikian kerana berang dengan mangsa curang dengan lelaki penjual sayur.

“Isteri saya curang dengan penjual sayur,” katanya.

Advertisement

Bagaimanapun, ahli keluarga mangsa menafikan dakwaan suspek. Kakak mangsa, Siti Nurhasanah berkata, kakaknya tidak akan sama sekali curang terhadap Alex.

“Kakak saya tidak pernah curang seperti yang dituduh Alex. Saya kenal kakak saya, dia seorang wanita yang baik,” katanya.

Pihak keluarga mangsa menuntut pihak berkuasa menjatuhkan hukuman berat terhadap suspek yang telah membunuh isterinya.

Difahamkan ketika mayat mangsa ditemui, suspek tidak pernah muncul sehinggalah jenazah mangsa dikebumikan. Ketiadaan suspek membuatkan polis berasa curiga dan mula melancarkan operasi memburu suspek.

Suspek yang melarikan diri berjaya ditahan di Jawa Timur. Suspek mengaku selepas membunuh mangsa, dia melarikan diri dengan mengambil barang-barang berharga milik mangsa seperti motosikal, telefon bimbit dan cincin emas.

Advertisement

Sumber: Agensi

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel