Connect with us

Politik

UMNO Sah Tarik Semula Sokongan Terhadap PM Berkuatkasa Serta-Merta

Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara membuat keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Perdana Menteri, berkuat kuasa serta-merta.

Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, ini berikutan segala garis panduan yang dikemukakan parti itu pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah gagal.

”Memenuhi mandat sebulat suara para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan berpandukan kepada 7 kegagalan kerajaan memenuhi aspirasi rakyat yang digariskan, maka tempoh memberikan sokongan kepada Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin selaku Perdana Menteri diarik balik dan ditamatkan serta-merta,” katanya.

Jelas Zahid, antara kegagalan kerajaan dalam memenuhi aspirasi rakyat adalah berdasarkan beberapa perkara utama seperti gagal dalam menangani pandemik Covid-19, menyalahgunakan darurat, mengurus bantuan kepada rakyat dan ekonomi negara.

Advertisement

BACA: Zahid Senaraikan 7 Kegagalan Kerajaan, Ini Jadi Punca UMNO Tidak Teruskan Sokongan

Beliau berkata demikian di dalam Sidang Media Presiden Umno sebentar tadi selepas mempengerusikan Mensyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijalankan secara atas talian pada malam ini.


Sumber: Facebook UMNO Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel