Connect with us

Politik

UMNO Tidak Sokong Anwar Sebagai Perdana Menteri

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO putuskan tidak akan sokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau jalin kerjasama dengan DAP/PH.

Perkara ini juga disebut dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi oleh Presiden UMNO, Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, mesyuarat malam ini juga mempertegaskan pendirian sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunan Agong UMNO 2020, untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri ANwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ataupun kerajaan yang ditunjangi oleh DAP/PH.

Tambahnya dalam sidang media itu, tempoh Perdana Menteri yang baharu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani Covid-19 dengan pendekatan inklusig dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan.

Advertisement

Setelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, Perdana Menteri baharu mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk adakan Pilihan Raya Umum ke-15.

Kata Zahid, ini penting bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan meperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan sebagaimana terhasrat dalam Titah Yang di-Pertuan Agong.


Sumber: Sidang Media UMNO

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel