Connect with us

Terkini

Tular Video Seorang Wanita Selinap Keluar Ikut Dawai Berduri Dicari

Aksi seorang wanita menyelinap keluar melalui kawat besi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bandaran tular di aplikasi TikTok dan mengakibatkan pihak polis sedang mengesan individu terbabit.

Video berdurasi 31 saat yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @yayanchi94 dipercayai dirakam pada pukul 8.30 malam memaparkan seorang wanita berbaju putih dan berseluar jeans yang dilihat sanggup meniarap bagi meloloskan diri dari kawat besi tersebut sebelum melarikan diri ke arah bangunan berhampiran.

Menurut pada video tersebut yang dirakam oleh seorang lelaki, dia cuba menjerit kepada wanita terbabit supaya tidak keluar daripada kawasan tersebut dan mengingatkan bahawa perbuatan wanita tersebut adalah sangat bahaya. Malah, bantuan bakul makanan sudah diedarkan di kawasan berkenaan.

Berhubung dengan kejadian tersebut, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata pihaknya sudah menerima laporan berkenaan kejadian itu dan pihak polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan wanita berkenaan untuk siasatan lanjut.

Advertisement

Sumber: yayanchi94 I Kosmo!

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel