Connect with us

Kemalangan

Rider GrabFood, Orang Awam Jadi Hero, Pantas Terjun Longkang Sedalam 7 Kaki Selamatkan Nyawa Sekeluarga Yang Terlibat Kemalangan

Tindakan berani 12 orang terdiri daripada rider Grab Food dan orang awam berjaya menyelamatkan sebuah keluarga yang mengalami kemalangan kereta di Jalan Camar dekat Petra Jaya, Sarawak pada jam 9 malam tadi.

Menerusi perkongsian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak di Facebook, mereka nekad terjun ke dalam longkang sedalam tujuh kaki dan menyelamatkan semua mangsa yang dipercayai terdiri dari seorang orang lelaki, seorang orang wanita dan dua orang kanak-kanak.

Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak oleh pasukan Emergency Medical Rescue Services Bomba untuk rawatan selanjutnya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak amat menghargai tanggungjawab serta keberanian mereka

Tindakan pantas mereka yang menyelamatkan kesemua mangsa itu juga mendapat pujian dari netizen.

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel