Connect with us

Hiburan

Shuib Kongsi Lagu Terakhir Nyanyian Siti Sarah

Lima hari selepas pemergian bidadari syurganya, pelawak dan usahawan Shuib, 36, berkongsi sebuah rakaman video nyanyian penyanyi Siti Sarah di laman Youtube miliknya.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata itu adalah nyanyian terakhir penyanyi bersuara emas itu yang dirakam 28 Julai lalu.

Dalam video yang berdurasi 3 minit dan 16 saat itu, Allahyarham Siti Sarah mengenakan telekung berwarna putih ketika mendendangkan lagu Tanpa Kekasihku yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

“Lagu terakhir nyanyian bidadariku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib sebagai caption video tersebut.

Advertisement

Lagu yang berkisahkan hasrat seorang pencinta yang mahu bertemu kekasihnya yang sudah pergi ke negeri abadi itu seolah-olah menggambarkan isi hati Shuib yang merindukan isteri tercintanya.

Assalammualaikum semua. Sengaja saya kongsikan video ini sebab saya takut video ini hilang dari simpanan saya. Jadi saya abadikan di dalam Channel ini.

Ini lagu terakhir nyanyian arwah pada 28 Julai 2021. Arwah yang beria-ria minta saya record dia menyanyi, ternyata semasa saya record video ini, saya merasakan ‘satu perasaan yang sangat-sangat lain’.

Cara pandangannya, cara nyanyiannya, cara arwah luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat-sangat istimewa. Bila di amati bait lirik, ternyata ada ‘sesuatu’ arwah cuba sampaikan.

Insya-Allah arwah kini tenang di syurga. Teruskanlah mendoakan arwah, jika rindu, sedekahkan Al-Fatihah ya. Semoga kita dapat kebaikan dunia dan akhirat. Amin.

Advertisement

Terdahulu, Siti Sarah yang hamil lapan bulan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada Isnin selepas melahirkan anak keempat dalam keadaan ditidurkan impak positif Covid-19 dan paras oksigen dalam badan yang tidak stabil.

Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber: Youtube Shuib Channel

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel