Connect with us

Politik

Anwar: Agong Titah Bersatu Lawan Covid-19

Yang di-Pertuan Agong telah menggesa ahli politik untuk bersatu bagi melawan Covid-19 dan menempa “politik baru”, menurut Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Menerusi kenyataannya yang dimuatnaik di laman Twitter rasminya berkata Agong memulakan dengan titah nasihat bahawa negara ini sedang melanda kemelut politik dan harus bersatu menghadapi malapetaka Covid-19 dan juga kemelesetan ekonomi.

“Tuanku Agong turut memberitahu mengenai lunas-lunas Perlembagaan, mencari calon Perdana Menteri yang dapat majoriti sokongan Ahli Parlimen, tetapi politik perlu berubah,” tambahnya lagi.

Hurainya lagi, parti yang menang jangan jadi seperti pernah berlaku sebelum ini iaitu memakan yang kalah. Semua parti politik haruslah ada satu kekuatan antara satu sama lain dengan persefahaman yang baru.

Advertisement

Jelasnya lagi, hal ini bukan sahaja mengenai pelantikan seorang Perdana Menteri baru, tetapi apa yang penting seperti yang ditekan oleh Tuanku Agong dan juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah untuk menggagas suatu bentuk politik baru yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanapun, pemilihan Perdana Menteri yang baharu belum mencapai kata putus dari Majlis Diraja-raja.

Selain Anwar, turut menghadap Agong hari ini adalah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin, dan wakil daripada GPS dan Warisan.

Turut serta adalah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, yang merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sumber: Twitter Anwar Ibrahim

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel