Connect with us

Jenayah

Melarikan Diri Selepas Mencuri Telefon Bimbit, Wanita Maut ‘Tersangkut’ Di Pagar Kawat Duri

Mayat seorang wanita dijumpai oleh penduduk kampung dengan keadaan ‘tersangkut’ pada pagar kawat duri. Ia berlaku apabila seorang wanita bertindak mencuri sebuah telefon bimbit di Jalan Kapten Sumarsono Gang Setia,Indonesia, melalui tingkap  sebelum dia melarikan diri lalu tersangkut pada pagar tersebut.

Menurut laporan IndoZone, mayat tersebut dijumpai oleh penduduk setempat dalam keadaan leher dan pakaiannya tersangkut pada pagar kawat duri di sebuah rumah kosong. Difahamkan wanita tersebut berasa cemas dan cuba melarikan diri setelah perbuatannya diketahui oleh pemilik rumah.

Penemuan mayat tersebut telah menimbulkan kekecohan mengenai identiti wanita tersebut yang sehingga kini belum dapat dikenal pasti.

Utari Aprilia ,salah seorang penduduk memberitahu bahawa wanita tersebut didakwa mencuri telefon bimbit bersama rakannya pada malam Jumaat (13/8/2021) yang lalu. Malangnya, tindakan mereka dapat dikesan oleh pemilik rumah sebelum mereka melarikan diri. Bagaimanapun, rakannya berjaya melarikan diri lalu meninggalkan wanita tersebut tersangkut pada kawat duri.

Advertisement

Difahamkan, wanita tersebut meninggal dunia berikutan tidak mendapat sebarang pertolongan dan cuaca ketika itu hujan lebat sebelum mayatnya berjaya ditemui oleh penduduk tempatan pada Sabtu petang.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel