Connect with us

Terkini

Agong Titah PM Baharu Perlu Kemuka Usul Undi Percaya, Tentu Keabsahan Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya perdana menteri yang dilantik perlu mengemukakan segera usul undi di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan jawatan beliau.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata Seri Paduka menzahirkan titah itu susulan sesi menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama di Istana Negara, semalam.

Seri Paduka bertitah bahawa Perdana Menteri yang telah dilantik oleh Baginda adalah menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam hal ini, baginda selanjutnya bertitah bahawa selaku Ketua Utama Negara, baginda akan cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan tanggungjawab seorang Raja Berperlembagaan berteraskan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” kata Ahmad Fadil.

Advertisement

Turut berangkat bersama pada sesi menghadap yang berlangsung lebih 90 minit bermula jam 2.30 petang itu Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Turut hadir dalam sesi menghadap itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

Sumber: Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel