Connect with us

Jenayah

Pendakwah Terkenal Selesai Beri Keterangan Di Bukit Aman Berhubung Siasatan Libatkan Gangguan Seksual

Pendakwah terkenal, Ebit Lew telah selesai memberi kenyataan di Bukit Aman hari ini, berhubung siasatan melibatkan gangguan seksual, lapor Bernama.

Memetik Kosmo, beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah yang kejam dan melampau serta menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan dan menjadi saksi bagi pertuduhan yang dilemparkan terhadap saya.

“Saya serahkan kepada polis untuk siasatan. Ini satu fitnah yang sangat kejam dan melampau,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan mengesahkan telah merakam keterangan percakapan beliau sebentar tadi.

“PDRM mengesahkan telah merakam percakapan Ebit Irawan bin Ibrahim Lew (Ebit Lew) bagi membantu siasatan kes gangguan seksual yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

“Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut,” ujarnya.

Berikutan itu, pihak polis meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi supaya kes dapat disiasat dengan telus.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran apa-apa jua bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya.

Advertisement

Sumber: KosmoBernamaPDRM

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel