Connect with us

Politik

‘Dengar Cadangan Dan Nasihat Tun Dr Mahathir Selagi Beliau Masih Ada’ – Abu Bakar Nasihat Pemimpin Bersatu

Pemimpin Bersatu akan kekal dengan jawatan masing-masing jika mereka mendengar nasihat Dr Mahathir Mohamad, kata seorang pemimpin pusat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Menurut ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Abu Bakar Yahya, kegagalan mereka mengikut nasihat bekas perdana menteri itu menyaksikan seorang demi seorang pemimpin parti berkenaan “digulingkan oleh Umno”.

Bermula dengan jawatan menteri besar Johor, kata Abu Bakar, Umno kemudian mengetepikan pula menteri besar Kedah sebelum diikuti dengan Perak.

“Akhirnya (jawatan) perdana menteri dapat kepada Umno,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Advertisement

Bersatu asalnya merupakan sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan (PH) dan berjaya mendapat mandat untuk menjadi kerajaan pusat serta hampir semua kerajaan negeri selepas PRU ke-14 lalu.

Kejayaan gabungan itu menyaksikan Bersatu mengetuai kerajaan Johor, Kedah, dan Perak dengan menduduki kerusi menteri besar.

Bagaimanapun Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa parti itu meninggalkan PH sekali gus menjatuhkan gabungan berkenaan daripada kuasa. Muhyiddin – bersama Umno-BN dan PAS serta disokong Gabungan Parti Sarawak – membentuk kemudian Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun perubahan kerajaan itu juga menyaksikan menteri besar Johor, Kedah dan Perak digantikan dengan Adun Umno. Muhyiddin sendiri tersingkir dari jawatan perdana menteri hasil gerakan dibuat pimpinan tertinggi Umno.

Sebahagian kecil pemimpin Bersatu tidak mengikut langkah Muhyiddin dan mereka menubuhkan parti Pejuang dengan Mahathir menjadi pengerusi manakala bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir, menjadi presiden.

Advertisement

Abu Bakar sendiri sebelum ini merupakan salah seorang anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Terdahulu Abu Bakar menyentuh cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dikemukakan Mahathir bagi menangani ancaman Covid-19 serta krisis politik berpanjangan.

MPN itu kata Mahathir akan memberikan laporan secara langsung kepada Yang di-Pertuan Agong dan akan dibubarkan apabila negara mencapai imuniti kelompok atau sebelum PRU ke-15.

Kata Abu Bakar masih belum terlewat untuk Bersatu untuk mengambil langkah yang sepatutnya iaitu mendengar nasihat Mahathir.

“Jomlah kita dengar cadangan dan nasihat Tun Dr Mahathir selagi beliau masih ada,” katanya.

Advertisement

Dia kemudian mengakhiri hantaran itu dengan tanda pagar #ResetMalaysia.

Sumber: Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel