Connect with us

Jenayah

Lelaki Parah Ditetak 3 Lelaki Kerana Murai

Seorang lelaki cedera parah selepas ditetak tiga lelaki susulan tindakannya menyiasat kehilangan seekor burung murai miliknya  di Kampung Pauh Jabit, Bachok, Kelantan, petang semalam.

Mangsa, Mohd Roslaidi Ariffin, 42 , putus ibu jari sebelah kanan, luka di bahagian atas kepala, betis kanan dan lutut kiri akibat tetakan menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.35 petang.

Katanya, berdasarkan laporan pihaknya dimaklumkan kejadian seorang lelaki diserang dengan menggunakan pedang oleh tiga lelaki termasuk dua yang dikenali mangsa.

Advertisement

“Hasil siasatan rakan mangsa berusia 27 tahun yang menemani lelaki itu, memaklumkan kejadian berpunca disebabkan mangsa ingin mencari seorang lelaki untuk berbincang mengenai kecurian burung murai peliharaannya yang disyaki dicuri dua hari lalu.

“Tetapi tiada laporan polis yang di buat mangsa berhubung kehilangan burung murai tersebut,” katanya.

Jelasnya, mangsa pergi ke lokasi kejadian iaitu rumah salah seorang daripada tiga lelaki itu kerana mendapati lelaki yang ingin dicarinya sering melepak di situ, namun lelaki itu tiada ketika kejadian.

Mohamad Ismail berkata, mangsa bertindak menggari seorang daripada tiga suspek untuk dijadikan tebusan.

“Akibatnya, mangsa telah diserang oleh ketiga-tiga suspek dengan menggunakan sebilah golok dan pedang sehingga mengalami kecederaan.

Advertisement

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana putus ibu jari sebelah kanan, luka di bahagian atas kepala, di betis kanan dan lutut kiri,” katanya.

Tambahnya, polis telah mengenal pasti ketiga-tiga suspek dan tangkapan segera akan dilakukan.

Katanya, butiran diri suspek akan diperolehi dan akan dibuat orang dikehendaki.

“Kes disiasat di bawah 326 Kanun Keseksaan,” kata Mohamad Ismai

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel