Connect with us

Politik

Pembangkang Ditawarkan Oleh PM Untuk Sertai Majlis Pemulihan Negara

Kerajaan menawarkan ruang bekerjasama kepada ahli politik pembangkang hari ini bagi menangani pandemik Covid-19 yang masih membelenggu negara.

Menurut perdana menteri, kerajaan telah menawarkan kerjasama itu melalui penyertaan dalam Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua pihak untuk melupakan perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Kesemua pihak sepatutnya sedia bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan semula suasana. Dalam erti kata lain, kita perlu mendakap erat prinsip kebersamaan,” katanya dalam ucapan rasmi pertamanya sebagai perdana menteri petang ini.

Advertisement

Ismail Sabri berkata kemelut politik yang melanda negara menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Oleh itu katanya kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan, termasuk lah mewujudkan kerjasama rentas parti.

“Justeru, saya ingin menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19,” katanya.

Menurut ahli parlimen Bera itu dia akan menyediakan pasukan pentadbiran yang akan berkhidmat membantu negara agar segera keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi.

“Saya berikrar menghasilkan yang terbaik demi membuktikan kepercayaan rakyat kepada pasukan saya tidak dipersiakan,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel