Connect with us

Politik

Bekas CEO Tak Pasti 1MDB Dapat Kelulusan BNM Pindah Wang

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa beliau tidak pasti sama ada syarikat itu telah mendapatkan kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memindahkan sejumlah besar wang kepada pelbagai entiti.

Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama pembelaan Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Muhammad Shafee menyoal saksi pendakwaan ke-10 itu mengenai pinjaman US$975 juta oleh 1MDB dari Deutsche Bank untuk tujuan membeli semula saham syarikat itu daripada seorang rakan pelaburannya.

Peguam itu berkata, sebahagian daripada pinjaman itu tidak digunakan untuk tujuan sebenar tetapi telah dipindahkan dalam dua bahagian (US$223 juta dan US$475 juta) iaitu dari 1MDB Energy Holdings Limited kepada syarikat Aabar Investment PJS Ltd (Seychelles) pada September 2014 dan kemudian kepada pelbagai entiti.

Advertisement

Muhammad Shafee: Adakah anda tahu bahawa kebenaran diperlukan untuk pemindahan sejumlah besar wang dari Malaysia?

Mohd Hazem: Saya setuju dari segi teknikal.

Muhammad Shafee: Adakah anda mendapat kebenaran BNM apabila memindah berjuta-juta wang daripada 1MDB kepada pelbagai entiti?

Mohd Hazem: Saya tidak pasti.

Muhammed Shafee: Adakah anda tahu bahawa adalah satu kesalahan jika anda tidak mendapat kebenaran BNM?

Advertisement

Mohd Hazem: Saya tidak tahu tetapi kemungkinan, ya.

Muhammad Shafee: Adakah pinjaman daripada Deutsche Bank untuk tujuan tertentu dan apabila tujuan itu tidak dipenuhi, adakah anda sedar bahawa anda telah melakukan pecah amanah (CBT) terhadap dana syarikat?

Mohd Hazem: Ya dari segi teknikal

Muhammad Shafee: Secara teknikalnya ia adalah CBT dan juga pengubahan wang haram.

Mohd Hazem: Ya.

Advertisement

Muhammad Shafee kemudian bertanya sama ada sesiapa telah menyiasat beliau di bawah CBT atau kesalahan pengubahan wang haram yang mana Mohd Hazem menjawab: Tidak.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sangat baik dengan anda,” kata peguam itu sambil menambah saksi itu patut dipenjarakan atas kesalahan CBT dan pengubahan wang haram dana tersebut.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 13 Sept ini.

– Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel