Connect with us

Terkini

COVID-19: FDA AS Beri Kelulusan Penuh Penggunaan Vaksin Pfizer

 Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin menggesa individu yang belum divaksinasi untuk segera mendapatkan suntikan di tengah-tengah penularan varian Delta.
Biden berkata demikian selepas Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) memberikan kelulusan penuh terhadap vaksin Pfizer, lapor Xinhua.
“Jadi, biar saya katakan dengan jelas: Sekiranya anda antara satu daripada berjuta-juta orang Amerika yang sebelum ini tidak mahu disuntik selagi tidak mendapat kelulusan penuh dari FDA, sekarang saat yang dinanti telah tiba.
“Inilah masanya untuk anda divaksinasi dan dapatkannya hari ini,” kata Biden.
Sejak beberapa minggu lalu, pentadbiran Biden telah melancarkan keperluan vaksin dalam kalangan pekerja persekutuan, anggota tentera, kemudahan perubatan persekutuan dan pekerja rumah penjagaan.
Sehingga Ahad, 51.5 peratus daripada jumlah penduduk AS telah lengkap divaksin, menurut data CDC.
-BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel