Connect with us

Politik

MP Umno Ikut Rombongan Ke Yan, PM Dikritik Gagal Patuhi SOP

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menerima kritikan selepas tersebar gambar memaparkan rombongan ahli-ahli parlimen turut serta dalam lawatan rasminya ke daerah dilanda banjir di Kedah semalam.

Kritikan turut mempertikaikan papan iklan besar di Kuala Muda – salah satu kawasan dilanda banjir – yang mengalu-alukan lawatan perdana menteri itu.

Ismail Sabri terbang ke Kedah semalam menaiki pesawat kerajaan.

Antara ahli parlimen Umno yang dikatakan turut berada dalam perjalanan itu – seperti dalam gambar tular – ialah Mahdzir Khalid (Padang Terap), Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Hasan Arifin (Rompin) dan Mohd Salim Sharif (Jempol).

Advertisement

Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir berkata lawatan berkenaan semalam seperti tidak mempamerkan rasa empati dan simpati terhadap mangsa, serta seperti tidak memahami derita dan kesengsaraan mangsa bencana.

“Tidak hairan apabila terdapat pandangan netizen di laman media sosial yang menganggap ini sebagai lawatan sambil belajar yang merugikan tanpa menghiraukan kesukaran rakyat.

Tambah ahli parlimen Johor Bahru itu, terdapat dakwaan bahawa rombongan Ismail Sabri disertai lebih 50 kenderaan dalam konvoi mereka.

Juga katanya, terdapat satu rakaman video yang menunjukkan perdana menteri dan rombongannya gagal mematuhi penjarakan fizikal dengan kehadiran yang sangat ramai.

“Apakah ini contoh yang baik daripada seorang perdana menteri yang sebelum ini ditugaskan menyediakan serta mengumumkan SOP (prosedur operasi standard) bagi mengekang penularan wabak Covid-19?” soalnya.

Advertisement

Sebanyak kira-kira 1,000 rumah di Yan dan Kuala Muda terjejas akibat dilanda bencana banjir.

Bencana itu mengorbankan sekurang-kurangnya lima nyawa.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel