Connect with us

Terkini

26 Orang Guru Di Perlis Masih Tolak Vaksin

KANGAR, 25 Ogos (Bernama) – Masih terdapat 26 orang guru daripada 4,710 orang guru di Perlis menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Exco Pendidikan negeri Rozieana Ahmad.

Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha untuk memujuk guru-guru tersebut sebelum sesi persekolahan dibuka nanti bagi memastikan bahawa sesi persekolahan dapat berjalan dengan lancar dan selamat, untuk semua.

Roziena yang ditemui pemberita di luar dewan Persidangan Dewan Undangan (DUN) Perlis di Kompleks DUN Perlis hari ini berkata, guru dan kakitangan sekolah perlu menerima vaksin dan masih terdapat segelintir yang masih belum bersedia untuk divaksin atas sebab-sebab tertentu antaranya kerana menghidap penyakit kronik.

“Saya merayu agar mereka (guru) mengutamakan kepentingan pelajar daripada kepentingan diri sendiri, kerana kita tidak mahu pelajar terus ketinggalan dalam pelajaran,” katanya.

Advertisement

Rozieana berkata pembelajaran secara bersemuka amat penting bagi pelajar, kerana itulah satu-satu cara bagi memastikan pelajar tidak terus ketinggalan dalam pelajaran.

Beliau berkata, sebelum ini terdapat 91 guru di negeri ini yang menolak untuk menerima suntikan vaksin namun hasil perbincangan yang dilakukan seramai 65 orang guru, akhirnya berjaya dipujuk.

Katanya sehingga kini, seramai 206 orang guru masih belum divaksin dan seramai 4,504 orang guru telah menerima vaksin di negeri ini.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel