Connect with us

Jenayah

Tiga Lelaki, Seorang Wanita Didakwa Bunuh Seorang Lelaki

Tiga lelaki dan seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam kejadian pergaduhan di sebuah rumah di Taman Tan Yoke Fong, di sini, minggu lepas.

Mohd Hafize Mohamad Kassim, 36, Awalludin Abdul Hamid, 54, Tan Wei Cong, 25, dan Noorhaszieda Hasan, 32, kesemuanya penganggur mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa dengan niat bersama telah menyebabkan kematian Nosaisain Muhamad, 46, di sebuah rumah di G-30, Jalan Tan Yoke Fong 25, Taman Tan Yoke Fong, antara 7 pagi dan 9.45 malam, 16 Ogos lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Mahkamah menetapkan 5 Okt untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Edelynn Wong manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel