Connect with us

Politik

Barisan Kabinet Baru Menyaksikan KJ Dan Adham Bertukar Menteri

Khairy Jamaluddin dan Dr Adham Baba masing-masing bertukar portfolio disaksikan barisan kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Yaakob.

Khairy yang sebelum ini merupakan menteri sains, teknologi dan inovatif mengambil alih jawatan sebagai menteri kesihatan.

Sebelum ini, Khairy yang juga parlimen Rembau menggalas tanggungjawab besar sebagai menteri penyelaras program imunisasi Covid-19.

Ketika menggalas jawatan sebagai menteri kesihatan, Adham terpalit dengan beberapa kontroversi.

Advertisement

Kenyataan yang dibuatnya sebelum ini di tengah-tengah negara sedang bertarung dengan pandemik Covid-19 menyaksikan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengambil alih pengumuman harian kes jangkitan Covid-19.

Adham yang juga merupakan ahli parlimen Tenggara kini mengambil alih portfolio Khairy sebagai menteri sains, teknologi dan inovatif.

Ketika pentadbiran di bawah Muhyiddin Yassin, timbul kekeliruan mengapa Khairy dilihat sering menjadi individu utama yang mengendalikan isu melawan Covid-19.

Ini disebabkan kebanyakan aspek berkaitan tugasan tersebut berada bawah Kementerian Kesihatan, tetapi ia sebaliknya dikendalikan oleh Mosti.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel