Connect with us

Kemalangan

Mayat Nelayan Di Temui Setelah Bot Miliknya Karam

Dipercayai mayat nelayan yang hilang apabila dua bot berlanggar, kira-kira 3 batu nautika dari Jeti Kilang Tepung, Kampung Achey, malam Rabu ditemui pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mayat V. V Subramaniam, 50,telah ditemukan oleh nelayan tempatan di bawah Jambatan Bainun kira-kira satu batu nautika dari tempat  mangsa dilaporkan jatuh.

Katanya, semasa memulakan operasi jpada jam 8 pagi inikomander operasi dimaklumkan mengenai penemuan itu dan terus ke lokasi berkenaan bersama dua anggota dan seorang anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

“Anggota kemudiannya mengambil mangsa dan membawa ke pos kawalan bomba di Jeti Perikanan untuk diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Advertisement

Semasa kejadian pada hari Rabu, bot yang dinaiki mangsa dan dua anaknya karam selepas berlanggar dengan sebuah bot pemancing yang lain kira-kira 3 batu nautika dari Jeti Kilang Tepung, Kampung Acheh.

Manakala dua orang anak mangsa berjaya diselamatkan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pihak JBPM Perak menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 8.25 malam.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel