Connect with us

Kemalangan

Satu Kebakaran Menyebabkan Lapan Buah Bengkel Musnah

Sebanyak 8 deretan bengkel kenderaan musnah akibat terbakar di Jalan Tanjung Api, Padang Lalang di sini pada awal pagi Jumaat.

Dua jentera berat dan beberapa kenderaan lain turut rosak akibat kebakaran tersebut yang dilaporkan pada jam 5.06 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, enam penghuni di premis terbabit selamat apabila semuanya sempat menyelamatkan diri.

Menurutnya, kebakaran yang melibatkan bengkel kereta, bengkel mengecat kenderaan dan bengkel kerja kejuruteraan itu berjaya dipadamkan dalam tempoh lebih tiga jam.

Advertisement

” Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah menerima panggilan berhubung kejadian melalui sistem MERS 999 jam 5:06 pagi.

“Seramai 28 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, BBP Indera Mahkota dan BBP Gebeng bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mengawal dan memadam kebakaran.

“Kebakaran melibatkan lapan bengkel dengan anggaran kemusnahan 85 peratus,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Ismail berkata, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel