Connect with us

Politik

Mohamad Alamin Dijangkiti Covid-19, Tidak Hadir Angkat Sumpah

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan dalam pentabiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan beliau dijangkiti Covid-19 dan tidak dapat hadir mengangkat sumpah jawatan itu pada petang Isnin.

Katanya, beliau sedang dirawat di Kuala Lumpur dan kesihatan dirinya stabil serta dalam keadaan yang baik.

“Minta semua doakanlah ya kesembuhan saya, insya-ALLAH,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Seramai 31 menteri dan 37 timbalan menteri dijadualkan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 2.30 petang Isnin.

Advertisement

Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan barisan kabinet beliau.

Sumber : BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel