Connect with us

Hiburan

Sambutan Hari Kebangsaan Esok Akan Dipantau KKM Dan MKN, Elak Penularan COVID-19

Sambutan Hari Kebangsaan 2021 berskala kecil yang berlangsung esok, akan dipantau secara berterusan bagi memastikan tahap keselamatan acara itu bersesuaian dan berwaspada dengan situasi pandemik COVID-19.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, sebuah jawatankuasa kerja yang dipengerusi beliau dan dianggotai pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), telah ditubuhkan bagi memantau pergerakan semasa sambutan tersebut.
“Jadi kita sentiasa berbincang tentang pendekatan dan norma baharu yang kita akan perkenalkan untuk menjamin keselamatan dan mengelakkan sebarang penularan virus COVID-19,” katanya ketika menjadi tetamu program Malaysia Hari Ini yang disiarkan di TV3 hari ini.
Menurutnya sepanjang sambutan yang berlangsung secara fizikal di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, pegawai daripada KKM dan MKN akan menjalankan tugas pemantauan dari segi pergerakan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Beliau berkata antara penekanan yang diberikan ialah individu yang terlibat dengan sambutan itu secara fizikal perlu lengkap suntikan vaksin, melaksanakan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka serta mengamalkan sanitasi berterusan.
“Setakat ini, di Lembah Klang, kita telah mencapai 90.3 peratus yang telah lengkap suntikan vaksin berbanding dengan seluruh negara 62.6 peratus,” katanya merujuk kepada penekanan vaksinasi lengkap terhadap individu yang terlibat.
Beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikan Hari Kebangsaan 2021 itu, yang akan disiarkan menerusi program televisyen tempatan bermula 7.30 pagi, esok.
Terdahulu Mohammad berkata Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini sekali lagi disambut secara norma baharu dengan menampilkan kelainan melalui penggunaan teknologi komunikasi digital terkini, berkonsepkan ‘Mix Reality’ iaitu gabungan penerbitan secara fizikal, teknologi AR (Augmented Reality) dan XR (Extended Reality), yang berbentuk interaktif dan berteknologi tinggi.
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel