Connect with us

Sukan

”Ini Adalah Keputusan Yang Memalukan, Pingat Emas & Rekod Dunia Dicuri” – KJ Bersuara Isu Kemenangan Ziyad Dibatalkan

Penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru negara, Ziyad Zolkafli sebentar tadi telah mencetus kemarahan rakyat Malaysia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak terkecuali dalam membantah keputusan penganjur tersebut, malah tegasnya ia adalah perkara yang memalukan.

“Ini adalah keputusan yang memalukan. Ia adalah aib yang bertentangan dengan semangat Paralimpik. Sekiranya itu adalah kelewatan di call room, sepatutnya anda tidak boleh benarkan mereka bertanding di tempat pertama.

“Pingat emas dan rekod dunia yang dicuri,” katanya di Twitter hari ini.

Advertisement

Khairy membuat kenyataan tersebut bagi membalas ciapan Twitter milik Paralympic Games yang memaparkan keputusan terkini acara lontar peluru berkenaan.

Dalam keputusan tersebut, jelas pingat emas dan perak telah diserahkan kepada dua atlet Ukraine, manakala pingat gangsa jatuh kepada atlet Jerman.

Isteri risau keadaan Ziyad selepas pingat emas dibatalkan.

Advertisement

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel