Connect with us

Politik

ROS Buat Pusingan-U, Keputusan Umno Tangguh Pemilihan Kini Sah

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan keputusannya sebelum ini yang menegaskan keputusan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti itu adalah tidak sah.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau mengesahkan ada menerima surat daripada Ketua Pengarah RoS, Jasri Kasim yang memaklumkan keputusan itu kepadanya pada petang tadi.

Katanya, ia selepas beliau dan peguam Umno sebelum ini pernah menyerahkan keterangan dan dokumen tambahan kepada RoS bertarikh 9, 11 dan 18 Ogos.

Selain itu, katanya ia turut termasuk penjelasan dilakukan oleh beberapa Ahli Majlis Tertinggi (MKT) Umno pada 24 Ogos lalu.

Advertisement

“Pada lewat petang 30 Ogos 2021, saya telah menerima surat daripada Jasri, rujukan surat PPM/WKL 251/88 JLD. 11 (1).

“Berdasarkan semakan kepada keterangan dan dokumen tambahan yang telah saya dan peguam Umno berikan pada 9 Ogos, 11 Ogos, 18 Ogos dan beberapa keterangan Ahli MKT pada 24 Ogos, adalah didapati bahawa keputusan penangguhan pemilihan Umno untuk penggal 2021/2023 dibuat secara teratur.

“Oleh itu, pemilihan jawatan Umno untuk MKT, bahagian dan cawangan adalah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kepada ROS iaitu sebelum 29 Disember 2022,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Walaupun begitu, Ahmad berkata, mesyuarat tahunan untuk cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung parti tanpa pemilihan dengan kehadiran satu per empat kuorum masih perlu diadakan pada tarikh dalam 2021 ini. Tarikh-tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.

Justeru, beliau mengucapkan terima kasih Presiden, Timbalan, naib-naib Presiden dan ahli MKT kerana memberi panduan dan juga kepimpinan Umno serta ahli yang sabar serta tabah melalui episod yang berlaku.

Advertisement

“Terima kasih kepada Ketua Pengarah ROS / Pendaftar Pertubuhan dan pegawainya yang memberikan kerjasama baik di sepanjang semakan dan pertemuan kami,” katanya.

Pada 6 Ogos lalu, ROS menetapkan keputusan MKT Umno pada 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah.

Perkara itu dinyatakan Jasri yang memaklumkan ketetapan itu dibuat berikutan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun lalu.

Umno sebelum ini dilaporkan menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan MKT selama 18 bulan bermula 30 Jun lalu.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel