Connect with us

Jenayah

‘ Ambil RM28 Saja, Bukannya RM40’ – Tukang Cuci Tak Mengaku Salah Curi Tabung Masjid

Tukang cuci sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas kesalahan mencuri tabung dan wang RM40 di Masjid Sirajuddin, Padang Pauh pada bulan lalu.

Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, hanya mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan mencuri dalam bangunan dengan mencuri tabung Masjid Sirajuddin, Padang Pauh dan wang bernilai RM40 yang terdapat dalam tabung masjid itu pada 28 Ogos lalu jam 8.54 malam.

Dia didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan di mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun serta denda dan jika ia kesalahan kedua atau berulang, tertuduh boleh dipenjara dan dikenakan denda atau sebatan.

Advertisement

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Yi Tying manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Iman Nor Azmi.

Nur Iman dalam hujahnya berkata, anak guamnya mengaku tidak bersalah disebabkan dia tidak mencuri wang sebanyak RM40 sebaliknya RM28 saja.

Selain itu, Nur Iman memohon mahkamah meringankan jumlah jaminan disebabkan tertuduh mempunyai tanggungan seorang anak yang masih kecil berusia empat tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Oktober hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes selain memerintahkan tertuduh membayar sebanyak RM2,000 sebagai jaminan.

Tertuduh bagaimanapun mengambil keputusan tidak membayar yang menyebabkannya ditahan sementara di Pusat Koreksional Perlis sementara menantikan tarikh sebutan semula kesnya.

Advertisement

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang wanita disyaki melarikan tabung derma masjid di Padang Pauh, di sini, pada 28 Ogos lalu.

Suspek ditahan di rumahnya di Arau pada 9.15 malam 29 Ogos lalu.

Tabung yang dicuri itu ditemukan dalam tandas di Pasar Beseri dan wanita terbabit dikatakan wang bagi mengisi minyak motosikal, membeli makanan dan menambah nilai telefon bimbit.

Ujian saringan air kencing suspek mengesahkan dia positif syabu.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel