Connect with us

Kemalangan

Pekerja Kedai Makan Di Rempuh Myvi

Seorang pekerja restoran makanan segera dirempuh oleh sebuah kereta dipandu oleh warga emas yang terperosok ke dalam sebuah pasaraya di Puchong, petang tadi.

Menurut Asisten Komisioner A. A. Anbalagan, Ketua Polis Serdang, pemandu tersebut merupakan seorang lelaki berusia 64 tahun, dalam perjalanan pulang dari pasaraya itu setelah selesai membeli barang keperluan.
Anbalagan berkata, pemandu berkenaan tertekan pedal minyak lalu Perodua Myvi yang dipandunya menerobos masuk ke dalam pasaraya.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa sedang berdiri di hadapan kaunter restoran makanan segera lalu dirempuh dengan kereta berkenaan.

“Mangsa yang merupakan pekerja restoran berusia 31 tahun telah mengalami kecederaan dan kini sedang dirawat di Zon Kuning Hospital Serdang.”

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan pemandu warga emas tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Anbalagan.

Advertisement

Sebelumnya, beberapa video yang dirakam oleh orang awam tular di laman sosial. Rakaman tersebut menunjukkan keprihatinan orang ramai bekerjasama mengangkat kereta bagi mengeluarkan mangsa yang berada di bawahnya.

Menurut Anbalagan, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian ini dan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel