Connect with us

Hiburan

Kerap ‘Sembang’ Isu Tolak Vaksin, IG Suhaimi Saad Kena Sekat

Nama Suhaimi Saad rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Bekas penyanyi nasyid ini sememangnya sangat lantang menyuarakan pendapatnya berkenaan isu vaksin di media sosial.

Boleh kata setiap hari ada sahaja hantaran yang di buat terutamanya di Instagram menyentuh perihal vaksin yang tidak diyakini olehnya.

Terdahulu, dia turut dikecam oleh netizen selepas menggelar golongan yang mengambil vaksin sebagai seekor haiwan ternakan oleh sebab dia merupakan salah seorang yang menolak pengambilan vaksin.

Namun, namanya sekali lagi menjadi perhatian apabila telah memuat naik hantaran di laman Facebook yang menyatakan bahawa akaun Instagramnya telah pun disekat.

Advertisement

Suhaimi yang menggunakan nama Mosus telah memaklumkan bahawa media sosialnya itu telah disekat selama 30 hari menyebabkan dirinya tidak dapat berkongsi sebarang hantaran.

Penyekatan yang berlaku boleh jadi disebabkan posting yang kerap kali dibuat menyentuh tentang vaksin dan menyampaikan dakyah anti vaksin  sehingga menjadi perdebatan di media sosial.

Dalam kenyataan tersebut juga, Mosus sempat memaklumkan yang dia langsung tidak kisah berkenaan sekatan yang dilakukan pihak Instagram keatas akaunnya.

Dalam muat naik sebelumnya, Mosus ada memaklumkan yang Instagramnya disekat berkemungkinan kerana ada orang-orang Islam yang membuat aduan kerana dia sering berkongsi perihal vaksin dan ‘kantoikan’ kerajaan.

Jadi, media sosialnya itu telah disekat selamat 30 hari bermula dari akhir Ogos yang lalu.

Advertisement

“Disebabkan ss selalu share pasal vaksin dan kantoikan kerajaan, ada orang islam yang buat report, So IG pun block akaun ss 30 hari. Ada aku Kesah!”

Walaubagaimanapun, perkara ini bukanlah pertama kali berlaku kepada dirinya, malah sebelum ini akaun Facebooknya pernah disekat selama 30 hari.

Katanya, akaunnya telah disekat oleh sebab dirinya yang gemar membangkang. Namun telah berjaya mengakses kembali selepas sebulan kemudian.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel