Connect with us

Global

Ngeri ‘Popeye’ Pecah Lengan Sertai Pertandingan MMA

Moscow: Ahli bina badan Rusia yang digelar Popeye kerana memiliki bisep palsu terpaksa berundur keluar daripada gelanggang selepas asetnya itu pecah ketika beraksi dengan lawan dalam satu perlawanan.

Daily Star melaporkan Kirill Tereshin, 25, dari Pyatigorsk memuat naik klip kecederaan yang mengerikan itu di YouTube pada Sabtu lalu.

Dia sebelum ini sering menggunakan nama Bazooka Hands bagi merujuk kepada bisepnya.

“Bisep saya cedera semasa pertarungan dan begini akhirnya,” tulis bekas tentera itu di ruangan komen bagi memberitahu keadaannya.

Advertisement

Populariti Kirill di media sosial memuncak sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas memuat naik gambar bisepnya dan kelihatan sama sekali tidak sesuai dengan fizikalnya yang kurus.

Minyak Synthol adalah bahan kimia yang dikenali dalam komuniti bina badan sebagai bahan yang mampu membesarkan saiz otot dengan cepat.

Meskipun begitu, bahan itu sangat berbahaya dan sering menyebabkan kecacatan otot serta fibrosis otot.

Difahamkan, Kirill pernah menjalani dua pembedahan untuk membuang otot dan kulit mati selepas doktor memberi amaran dia mungkin kehilangan tangan.

Dia bagaimanapun mengakui apa berlaku disebabkan kebodohan sendiri.

Advertisement

Namun, bisep itu ternyata tidak menambah kekuatan atau memberi kelebihan ketika menyertai perlawanan seni bela diri campuran (MMA).

Pada 2019, Kirill bertarung dengan rakan blogger dalam talian Rusia Oleg Mongol di gelanggang.

Kirill dan bisepnya dicederakan lawannya yang berukuran normal, hingga dia terpaksa keluar gelanggang.

Pada tahun sama dia memutuskan berdepan juara bertahan Russia, Vasiliy The Dumpling Kamotskiy dan sekali lagi keluar daripada gelanggang, malah hampir tidak dapat bertahan.

Dia kini memiliki bisep lebih kecil berikutan pembedahan dan berjaya dalam pertarungan dengan lawannya bernama Rashad. – Agensi

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel