Connect with us

Jenayah

Pekerja Swasta Berputih Mata Hilang RM13,000 Untuk Khidmat Seks

Disebabkan ramai mengeluarkan simpanan KWSP melalui program kerajaan untuk meringankan beban rakyat, ada banyak pengeluar yang akhirnya berputih mata ditipu scammer.

Inilah apa yang terjadi kepada seorang pekerja swasta apabila terlalu mengikut nafsu dan akhirnya berputih mata. Memetik laporan Harian Metro, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM13,000 semata-mata ingin mendapatkan perkhidmatan seks dengan seorang wanita.

Mangsa dikatakan baru sahaja mengenali wanita itu di aplikasi Line dan mengikuti segala arahan yang diberikan wanita terbabit.

“Agen itu meminta mangsa membuat pembayaran melalui tambah nilai dikenali ‘Razer Gold’ di kedai serbaneka berhampiran dan dijanjikan akan menerima khidmat seks di sebuah kondominium di kawasan Raja Uda.”
“Mangsa membuat bayaran secara berperingkat sehingga berjumlah RM13,300 dan menyerahkan nombor pin tambah nilai berkenaan kepada agen terbabit. – Kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.”

Mangsa kemudian membuat laporan polis sebaik sahaja menyedari dia telah ditipu. Ini selepas dia gagal menghubungi agen terbabit sebaik sahaja selesai melakukan pembayaran.

Advertisement

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Disebabkan itu, jangan mudah percaya dengan sebarang tawaran dari orang yang baru dikenali. Sindiket penipuan seperti ini memang akan menggunakan segala peluang yang ada demi mengaut keuntungan.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel