Connect with us

Kemalangan

(Video) Rakaman Detik Cemas Myvi Redah Banjir Dihanyutkan Arus Deras

Tular satu video memaparkan situasi cemas sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih yang dihanyutkan air banjir dalam satu kejadian yang berlaku petang tadi.

Berdasarkan perkongsian video di Bernama TV, kejadian tersebut didakwa berlaku berikutan fenomena banjir kilat yang melanda sebuah kampung di Jalan Kionsom, Inanam di Kota Kinabalu.

Dalam kejadian 6 petang itu, difahamkan, terdapat dua mangsa dalam kenderaan itu yang dikatakan cuba melepasi jambatan berkenaan, namun gagal selepas dihanyutkan arus deras.

Detik cemas itu sempat dirakam oleh pemandu yang berada di belakang kenderaan berkenaan sebelum ditularkan di media sosial.

Advertisement

Seorang saksi kejadian, Lester Bingkasan berkata, sebelum kejadian dia bersama isterinya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

“Selepas menunggu hampir tiga jam, hujan semakin reda namun arus sungai masih deras.

“Pada masa sama, tiga kenderaan pacuan empat roda berjaya melepasi jambatan konkrit berkenaan. Ia mungkin memberi keyakinan kepada pemandu Perodua Myvi untuk cuba melepasi jambatan berkenaan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.


Sumber: Bernama TV

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel