Connect with us

Sukan

Berhati Mulia Bantu Latif Romly, Netizen Malaysia ‘Serang’ IG Atlet Greece Ini Ucap Terima Kasih

Malaysia sekali lagi meraih emas di Paralimpik Tokyo 2020, namun kali ini melalui jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly.

Latif mempamerkan aksi cemerlang dalam tiga percubaan pertama. Namun cubaan keempat Latif terpaksa dibatalkan manakala lompatan kelima tidak begitu cemerlang dengan catatan 5.56 m akibat mengalami kecederan.

Kerana kecederaan dialami Latif, penyumbang pingat emas ketiga negara itu dilihat memegang pangkal pehanya sambil menahan kesakitan seusai lompatan kelima.

Namun atlet Greece, Thanasis Prodromou tidak tunggu lama untuk membantu. Prodromou dilihat berlari mendapatkan Latif yang ketika itu sedang menahan kesakitan. Malah Prodromou turut dilihat menyapu pasir dari rambut Latif yang ketika itu telah berada di atas kerusi roda.

Advertisement

Keprihatinan atlet Greece ini turut mendapat sorotan ramai dan dipuji rakyat Malaysia kerana keprihatinannya membantu Latif walaupun berbeza negara.

Oleh itu, netizen Malaysia tak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Prodromou atas keprihatinan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan. Malah warga net turut meninggalkan komen berupa ucapan terima kasih di hantaran Instagram terakhir Prodromou bertarikh 6 Jun.

Tak kurang juga yang mengucap tahniah kepada Prodromou yang berjaya meraih pingat perak dalam saingan akhir lompat jauh lelaki T20 di Paralimpik Tokyo semalam.

Sumber: Instagram Thanasis Prodromou

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel