Connect with us

Viral

Gadis Cuak Diganggu Lelaki ‘Psiko’ Semasa Lepak

Melalui video milik @nrkhaizatulll yang dikongsi semula oleh @TIIIIIIIIMOTHY di laman Twitter menunjukkan gadis tersebut sedang lepak bersama seorang rakannya di sebuah taman reaksi sebelum mereka didatangi oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali. Perkara ini mendatangkan rasa kurang senang kepada gadis ii tersebut.

Menurut @nrkhaizatulll, salah seorang daripada lelaki tersebut mengganggu mereka dengan meminta nombor telefon dan alamat rumah. Selain itu, lelaki tersebut juga tidak mahu beredar dari tempat tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, dia dan rakannya itu terus diekori oleh individu tersebut dan terpaksa bersembunyi daripada mereka sebelum mereka ‘memecut’ motosikal menuju ke jalan utama. Hal ini mendapat ciapan daripada rata-rata warganet yang takut akan hal seperti itu.

Demi menyelamatkan diri dari situasi tersebut, rakannya memberikan nombor telefon teman lelakinya kepada lelaki tersebut sebelum lelaki tersebut beredar dari situ.

Advertisement

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel