Connect with us

Sukan

“Saya Yakin Kami Sampai Tepat 5.55 Petang,” – Ziyad Akhirnya Buka Mulut

Jaguh lontar peluru negara, Ziyad Zolkefli tampil memberi penjelasan tentang situasinya yang lewat dua minit ke Call Room dalam saingan akhir di Paralimpik Tokyo baru-baru ini.

“Saya pun keliru bila ada orang bertanya kenapa jurulatih saya tidak mengaku sahaja saya lewat sedangkan saya sendiri telah mengaku kepada isteri saya yang saya lewat dua minit seperti disiarkan oleh Astro Arena.

“Ada yang cakap saya lewat sebab sedang sibuk telefon keluarga saya, pening saya.

“Sebenarnya saya tidak lewat. Rupanya ianya salah faham aje. Selepas penyertaan saya dibatalkan, saya berjumpa dengan jurulatih saya.

Advertisement

Coach saya memberitahu pengadil mengatakan saya lewat dua minit. Saya menghubungi isteri dan berbual dengan isteri.

“Saya bagitahu isteri yang pengadil kata saya lewat dua minit.

“Mungkin ini yang salah fahamnya, seolah-olah saya mengaku saya lewat dua minit kerana sedang bercakap telefon dengan keluarga saya.

“Saya nak bagitau semua dan saya yakin yang saya dan jurulatih saya sampai tepat pada waktunya iaitu 5.55 petang. Itu saja,” jelas Ziyad melalui hantaran di Instagram sebentar tadi.

Sumber: Ziyad Zolkefli

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel