Connect with us

Hiburan

Sering Di ‘Ganggu’ , Wanita Terkejut Rumah Sewa Yang Di Diami Merupakan Rumah Seorang Bekas Bomoh

Terbaru, seorang wanita iaitu Nazira Frijand Ali melalui Kelab Cerita Hantu Malaysia (KCHM) ada berkongsi satu pengalaman seram yang dilaluinya sepanjang menetap di sebuah rumah sewa yang pernah berlaku kes pembunuhan dimana mayat dipercayai telah dikerat dan ditanam dibelakang rumah tersebut.

Berasaskan perkongsiannya di Facebook, Nazira memaklumka bahawa kejadian tersebut berlaku sekitar 25 tahun yang lepas iaitu semasa dia baru berpindah ke sebuah rumah sewa yang agak besar tetapi apa yang membuat dia kehairanan adalah bayaran sewa rumah tersebut murah. Boleh dikatakan tidak setanding dengan keluasan rumah tersebut. Setelah berbincang, mereka akhirnya bersetuju untuk menetap di rumah tersebut.

“Masa tu happy juga walau pun dalam hati ada terdetik rasa tak sedap hati juga tengok pakcik yang menyewakan rumah ni tok kami. Dia tak ada eye contact bila dia bercakap dengan saya. Dan dia sendiri tak berapa mahdu bercakap dengan saya.”

Diceritakan dengan lebih lanjut, wanita ini memaklumkan sering mendengar suara anjing menyalak di hadapan rumahnya itu dan pada hari ketujuh selepas berpindah, wanita ini mula ‘diganggu’.

Advertisement

“Depan pintu bilik saya nampak ada seorang tua yang agak pendek, berdiri tegak memandang saya tajam dengan ditangan dia ada memegang kepala orang yang berdarah. Dia macam orang lama. Macam orang dulu dulu. Saya terkejut dan segera mengejutkan suami dekat sebelah. Dan serentak dengan tu orang tua tadi macam terbang dibawa angin menuju ke dapur.”

Namun, lain yang terjadi apabila suaminya langsung tidak menemui apa-apa yang mencurigakan. Malah si suami mengatakan bahawa isterinya mungkin isterinya mengigau. Tapi malangnya gangguan itu masih menghantui si isteri. Pada suatu hari, ketika wanita itu sedang membasuh pinggan di dapur, Nazira mendakwa dia terdengar satu bisikan halus yang memanggil namanya.

“Satu malam tu saya mula bermimpi. Mimpi ada orang yang dibunuh dan dikerat kerat kat rumah tu. Percikan darah penuh di dinding. Saya tersedar. Malam esoknya saya mimpi lagi dan kali ni nampak pula mayat ditarik dan gali lubang belakang rumah tanam mayat kat situ.”

Dia kemudian membuat keputusan untuk pergi ke belakang rumah dan mencari tempat mayat itu di tanam seperti dalam mimpinya. Alangkah terkejutnya apabila dia menjumpai satu kawasan yang mendap dan seperti pernah digali.

“Lepas solat maghrib saya mula nampak percikan darah yang macam sama dengan dalam mimpi saya. Tapi kali ni real. Dinding rumah tu memang macam betul ada percikan darah. Saya teruskan mengaji. Cerita dekat suami dia tak berapa nak percaya. Sampai satu hari suami outstation lagi.”

Advertisement

“Tak sampai berapa lama anjing menyalak, saya dengar tapak kaki berjalan atas atap. Memang bunyi kaki orang jalan dari bilik saya dan turun ke pintu dapur. Hati lega dengar dia dah turun tapi dia tak berhenti disitu. Dia cakar pulak pintu dapur tu, bunyi macam kuku panjang mencakar pintu.”

Kerana tidak tahan sering diganggu, Nazira membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut seorang diri sekitar 3:30 pagi memandangkan suaminya sedang outstation. Tapi malang semasa dalam perjalanan, motosikal yang ditunggangnya seperti dilanggarr oleh sesuatu yang berupa lembaga besar sehingga membuat dirinya hampir terbabas.

Pada hari yang berikutnya, semasa sedang membaca Yassin, Nazira mengatakan terlihat satu lembaga hitam yang tinggi, bertelinga panjang dan mata merah menyala datang ke arahnya seperti mahu menerkam. Dia menjerit ketakutan dan ketika itu, lembaga tersebut tidak dapat mendekati Nazira.

“Suami suruh saya sabar. Dia suruh saya siap siap nak pergi rumah kawan dia. Dia pon bersiap kat bilik sesorang. Entah apa jadi tiba tiba suami saya pulak menjerit kuat! Menjerit sambil melompat keluar dari bilik dengan muka pucat lesi. Dia senyap, tangan dia menggigil pegang stearing. Kejap lepas tu baru dia kata dia nampak ada makhluk yang masuk ikut tingkap bilik tu dan menerkam ke arah dia.”

Pada keesokan harinya, mereka memutuskan untuk berjumpa dengan seorang ustaz. Ustaz tersebut meminta supaya mereka merenjiskan air penawar di rumah tersebut. Tiba-tiba satu bungkusan berwarna kuning berisi ibu jari manusia yang sudahpun kering jatuh dari aras pintu depan.

Advertisement

“Suami menggigil gigil pegang. Berlari pergi sungai berhampiran rumah kami dan buangkan ke sungai. Tak terfikir masa tu kami nak pergi balai ke nak bawa jumpa orang tengokkan ke. Dia makin marah. Kalau dulu dia terjengket jengket nak menerkam saya, lepas kejadian tu dia semakin berani ganggu saya. Mimpi jangan cakap lah kena potong, buat ritual, kemiyan, jin, mutiara hitam, bermacam mimpi yang melangkaui akal fikiran.”

Setelah semua selesai barulah mereka tahu bahawa rumah sewa tersebut sebenarnya pernah didiami oleh seorang bekas bomoh. Apa yang lebih mengejutkan, bomoh tersebut pernah melakukan pembunuhan di rumah tersebut.

“Apa yang saya mimpi tu rupanya adalah perkara yang berlaku kat rumah tu. Sehinggalah saya sendiri kerasukan. Ustaz nasihatkan kami berpindah sebab gangguan dirumah tu sangat kuat. Dan kalau saya tak berpindah mungkin saya/janin saya akan dimakan jin tersebut. 2 hari lepas saya kerasukan dan bermimpi jin tu nak bagi saya makan sesuatu, kami terus pindah.”

Menurut Nazira, dia telah tinggal di rumah tersebut selama empat bulan sebelum membuat keputusan untuk berpindah keluar.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel