Connect with us

Hiburan

‘Denting’ Aina Abdul Memukau Lebih 60 Ribu Penonton

Aina Abdul, seorang penyanyi yang berjaya mencuri perhatian ramai apabila dia membuat cover sebuah lagu berjudul ‘Denting’ nyanyian Melly Goeslaw di Youtube. Kelunakan suara, vokal dan juga gaya Aina ketika menyanyikan lagu itu ternyata memukau lebih daripada 60 ribu penonton.

Seperti yang diketahui umum, Aina sering ‘cover’ lagu kegemarannya dan memuat naik video nyanyiannya di Youtube. Memandangkan lagu ‘Denting’ tengah viral di Tiktok, Aina mengambil peluang dengan merakam sebuah muzik video (MV) dan membuat cover menggunakan lagu tersebut.

“Saya sangat jatuh cinta dengan lagu ini. Pada masa yang sama, saya dan team gembira berjaya melakukan penggambaran muzik video ‘Denting’ hanya menggunakan telefon. Saya harap semua orang suka cover ni. Aina ada buah tangan baru juga buat semua. Tunggu okay!”

Advertisement

Usaha Aina ternyata membuahkan hasil apabila rata-rata netizen terpukau melihat mv yang telah siap dihasilkan itu.  Berbicara mengenai kelunakan suara, Aina sudah pastinya mempunyai identiti sendiri ketika menyampaikan lagu tersebut jika dibandingkan dengan penyanyi asal.

Di Instagram, Melly Goeslaw meninggalkan ucapan terima kasih buat Aina kerana sudi cover lagu ‘Denting’. Menurut Melly, suara Aina sangat merdu.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel