Connect with us

Jenayah

Kanak-Kanak 6 Tahun Hilang Di Kawasan Rumah Di Temui Lemas Di Tepi Lombong

Didapati seorang kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun yang hilang di kawasan perumahannya di Taman Kinta Baru di sini sejak petang Isnin masih belum ditemui.

Kanak-kanak tersebut, Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid yang mengalami masalah hiperaktif kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap kali terakhir dilihat memakai baju T yang tertera watak animasi Boboiboy berwarna hijau serta memakai lampin pakai buang.

Superintendan Hasron Nazri Hashim, Ketua Polis Daerah Kampar berkata, gerakan mencari yang telah dilakukan belum menemui sebarang petunjuk tentang kehilangan mangsa.

“Selepas dimaklumkan akan kejadian, tindakan mencari mangsa dijalankan polis dengan dibantu anggota bomba di sekitar tempat kejadian, tetapi tiada petunjuk dan menemui mangsa terlibat.”

Advertisement

“Unit Anjing Pengesan (K9) telah sampai di tempat kejadian dan sedang menjalankan usaha mencari,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau berkata, kehilangan mangsa yang merupakan anak kedua dari lima beradik itu disedari ibunya sekitar jam 6.30 petang selepas mendapati mangsa tiada di ruang tamu rumah.

Katanya, ibu bapa mangsa dan kejiranan di situ telah cuba mencari di kawasan sekitar taman tetapi tidak berjumpa sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Polis menerima panggilan kejadian itu daripada bapa mangsa pada jam 7.50 petang.

“Siasatan mendapati pintu depan rumah dan pintu pagar terbuka dan tidak berkunci semasa kejadian,” katanya.

Advertisement

Menurut laporan terkini daripada Sinar Harian, kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan perumahannya di Taman Kinta Baru di sini sejak petang Isnin ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam sebuah lombong.

Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid yang mengalami masalah hyper aktif, kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap ditemukan pada jam 9.45 pagi pada Selasa kira-kira 80 meter dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, pasukan operasi mencari dari Balai Polis Gopeng telah menemui mangsa dalam keadaan terapung di tepi sebuah lombong.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel