Connect with us

Jenayah

Polis Melaka Tahan Lapan Ahli Kumpulan Kongsi Gelap

Polis Melaka menahan lapan lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap ketika sedang berkumpul sambil minum arak di padang permainan Taman Air Merbau di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, kesemua lelaki berusia 30 hingga 43 tahun dipercayai ahli geng 21 dan 08 itu ditahan dalam Ops Cantas kira-kira jam 11.30 malam.

“Hasil pemeriksaan dilakukan ke atas tubuh badan semua suspek, tujuh daripada lapan lelaki berkenaan mempunyai beberapa tatu disyaki ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap 21 dan 08.”

“Kesemua lelaki berasal dari Jasin itu ditahan untuk membantu siasatan lanjut bagi mengenal pasti sekiranya mereka terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah sebelum dilepaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Advertisement

Abdul Majid berkata, siasatan kes mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM15,000 jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, kesemua suspek juga dikenakan kompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 iaitu berkumpul dan minum minuman keras.

“Polis Melaka memandang serius sebarang aktiviti kumpulan kongsi gelap dan akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang terlibat.”

“Kita juga mengucapkan terima kasih kepada masyarakat dan sentiasa berharap agar masyarakat sentiasa menyalurkan maklumat kepada Polis Melaka bagi membantu membanteras jenayah,” katanya.

– Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel