Connect with us

Mahkamah

Suri Rumah Didenda RM12,000 Sebar Berita Tak Benar

Padah menyebarkan berita tidak benar tentang vaksin menerusi hantaran video dalam aplikasi Facebook, seorang suri rumah hari ini didenda RM12,000 atau dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Tengku Noor Azlin Wa Kembang Tengku Azizan, 46, selepas tertuduh mengaku bersalah menyebarkan berita tidak benar melalui hantaran video bertajuk Siapa yang dah daftar! Lelaki ini bongkar bahayanya vaksin Covid-19? dalam Facebook.

Dia mengaku menyebarkan video berkenaan dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan kepada orang awam melalui aplikasi Facebook dengan nama profil ‘Kak Siti Wakembang’ kira-kira jam 11.44 malam pada 25 Mei lepas.

Hantaran itu kemudian dibaca pada 8.30 pagi 3 Jun di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya.

Advertisement

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Edwin berkata kesalahan dilakukan Tengku Noor Azlin Wa Kembang berkemungkinan mendatangkan kegusaran kepada orang awam sekali gus membantutkan usaha kerajaan memerangi pandemik Covid-19.

“Tempoh masa kesalahan dilakukan adalah pada masa kerajaan sedang bertungkus lumus dalam menjalankan program vaksinasi secara menyeluruh untuk membasmi penularan wabak Covid-19,” kata hakim itu.

Tengku Noor Azlin Wa Kembang yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak bekerja dan tidak berniat untuk menjadikan video itu tular.

“Saya mengaku bersalah… dalam kes ini niat saya hanyalah untuk mendapatkan komen sahabat-sahabat saya dan berikan pendapat mereka pada video itu,” katanya.

Advertisement

Pengarah Pendakwaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kalmizah Salleh memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat umum kerana perbuatannya boleh mendatangkan kebimbangan kepada orang awam ketika negara masih berperang dengan pandemik Covid-19.

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel