Connect with us

Global

(Video) Toyol Kantoi Curi Tabung Masjid

Dua individu yang dipercayai lelaki bertindak mencuri tabung masjid yang terletak di hadapan sebuah pejabat dengan memakai seluar  dalam mengundang padah apabila aktiviti mereka dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Kes tersebut berlaku di Masjid Ikhlas Ar-Rahman, Sumatera Barat, Indonesia.

Advertisement

Walaubagaimanapun, video tersebut telah tular di media sosial dan meraih pelbagai respon daripada netizen.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku pada 5 September 2021dan didapati kedua-dua pencuri tersebut hanya memakai seluar dalam. Bukan itu sahaja, kedua-dua pencuri tersebut turut mengenakan topeng dan tudung bagi menutupi wajah mereka.

Ujar Syamsul Azwar, Wali Nagari Batan Barus, tindakan pencuri tersebut telah berjaya dirakam dengan jelas melalui CCTV yang berada di masjid tersebut.

“Masjid ini berada di depan Pejabat Bupati. Identiti pelaku tidak diketahui. Ya, pelakunya hanya memakai seluar dalam. Malam tadi ia berlaku.”

Difahamkan, Syamsul turut mendakwa tabung yang berada di luar masjid juga dicuri. Apa yang lebih mengejutkan apabila kejadian yang serupa turut berlaku di masjid-masjid yang lain namun tidak dapat dipastikan adakah ia angkara individu yang sama ataupun sebaliknya.

Advertisement

“Tabung amal ini ada di dalam dan di luar. Bagaimanapun, kaca di dalamnya pecah Jumlah kerugian belum diketahui. Menerusi maklumat lain, kejadian ini turut berlaku di masjid-masjid yang lain.”

Pada masa yang sama, dia turut berharap agar pihak polis dapat mengambil tindakan dengan segera.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel