Connect with us

Global

Wanita Sebak Dihalau Dari Rumahnya Sendiri Selepas Suaminya Kahwin Lain

Tidak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang wanita yang bergelar isteri apabila mengetahui si suami menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain.

Itulah perasaan yang dilalui seorang wanita ini yang didakwa telah dihalau dari rumahnya sendiri sebelum si suami berkahwin lain.

Kisah sedih itu telah diceritakan oleh seorang wanita dari Indonesia melalui beberapa video yang kini viral di media sosial.

Berdasarkan video pendek itu, seorang wanita merakamkan suasana di dalam rumahnya termasuk di ruangan bilik tidur sambil menceritakan tentang kejadian sebenar yang berlaku.

Advertisement

Wanita itu mendakwa dengan nada yang sebak bahawa rumah tersebut dibeli dengan duit hasil titik peluhnya selama tiga tahun dengan menjual makanan.

Namun siapa sangka, kebahagiaan yang dicipta selama 16 tahun bersama suami akhirnya musnah dalam sekelip mata hanya kerana kehadiran orang ketiga.

Dakwa wanita ini lagi, dia telah dihalau keluar dari rumah tersebut kerana si suami menuduh dirinya berlaku curang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Insta Julid (@insta_julid)

Advertisement

“Ini isterinya, perampas suami saya. Dia menghalau saya dari rumah ini.”

Namun sebaliknya, suami wanita tersebut rupa-rupanya yang berlaku curang. Bukan itu saja, suaminya juga disahkan sudah bernikah dengan wanita lain sejak sebulan lalu.

Apa yang lebih menyakitkan hati apabila semua peralatan termasuklah pakaiannya di dalam rumah tersebut kini digunakan oleh isteri baru suaminya itu.

“Alasannya dia menghalau saya keluar dari rumah kerana mengatakan bahawa saya curang, sedangkan dia yang sudah berkahwin baru sejak sebulan lalu. Selama 16 tahun saya dilakukan sebegini.”

Advertisement

Dalam kesempatan itu, wanita ini meminta orang ramai supaya mendoakan dirinya menjadi seorang insan yang kuat untuk menempuhi hari-hari mendatang selain dapat menuntut semula haknya yang telah dirampas.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel