Connect with us

Terkini

Suami Menyusul Selepas 4 Hari Isteri Tercinta Pergi Menghadap Ilahi

Beberapa hari lalu, tersebar video menyayat hati yang menunjukkan seorang lelaki tidak dapat menahan kesedihan pemergian isteri tercinta. Isterinya yang telah pergi menghadap Ilahi akibat Covid-19 dan video suami yang sayang teramat dengan isterinya itu dikongsi di Tiktok @dayahzulrimi iaitu anak saudara mereka.

Tidak lama selepas itu, kita dimaklumkan dengan satu lagi berita yang menyayat hati apabila bapa saudaranya pula menyusul menghadap Ilahi selang 4 hari pemergian isterinya yang tercinta.

Dayah turut berkongsi perbualang whatsapp diantara ahli keluarga dengan anak sulung arwah selepas kehilangan kedua-dua insan tersayang iaitu ibu dan ayah dalam masa yang singkat.

Difahamkan, arwah mempunyai masalah jantung dan telah ditemui rebah di dalam bilik air. Pasti arwah amat rindukan isterinya. Allahu.

Advertisement

Pasangan tersebut meninggalkan lima orang anak lelaki dan bongsu mereka yang masih kecil dan tidak faham dengan apa yang berlaku. Salam takziah diucapkan daripada kami untuk keluarga arwah dan semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Al-Fatihah.
@dayahzulrimiAl-fatihah pok saudara ku . Baru kehilangan isteri . Sekrang pok pulok g😭😭♬ original sound – Ezaaa🐊 – ezaaaaaa🐊

Menerusi ruang komen, terdapat beberapa orang yang telah menonton video tersebut turut menyampaikan salam takziah kepada mereka sekeluarga.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel