Connect with us

Hiburan

“Peroppp!!! Aku Buka, Lipas Tu Terbang Lagi” – Seekor Lipas Ditemui Selepas Wanita Mengadu Sakit Telinga

Tidak dapat dinafikan lelaki atau wanita sudah pasti ada yang takut dan geli dengan lipas. Nampak sahaja kelibat haiwan berkaki enam itu mesti jadi tidak keruan apatah lagi apabila haiwan berkaki enam ini terbang. Pasti tidak cukup tanah kita melarikan diri.

Bukan itu saja, sudah banyak kisah tentang lipas masuk ke dalam telinga yang kita dengar. Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh salah seorang Penolong Pegawai Perubatan (MA) yang dikenali sebagai ams_brand di akaun Tiktoknya.

@ams_brandKisah Kak Siti yang xleh tido sebab ade benda dalam telinga dia..#fyp #fypシ #tiktok #mogamanfaat #amsmedic♬ original sound – AmsMedic

Dia menyatakan pesakit yang datang ke klinik tersebut menyatakan berasa sakit di dalam telinga. Sebaik sahaja MA ini memeriksa keadaan telinga wanita tersebut, dia mendapati ada sesuatu di dalam lubang telinga pesakit tersebut seakan-akan seekor serangga.

Advertisement

Jelasnya lagi, bila dikorek lebih dalam, mendapati seekor lipas telah berada di dalam telinga wanita tersebut.

Justeru, MA ini memberi nasihat kepada semua yang menonton videonya ini untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran dalam dan luar rumah agar kes seperti ini tidak berlaku lagi. Mujur terkena pada wanita dewasa bukan pada kanak-kanak yang masih kecil.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel