Connect with us

Global

Rumah Agam Ditinggalkan Dalam Keadaan Tergesa-Gesa Menjadi Persoalan

Sebuah rumah agam di London telah menimbulkan tanda tanya tentang apa yang telah berlaku kepada pemilik asalnya semasa ia ditinggalkan. Didapati kereta yang ditinggalkan berkarat di laman rumah serta pakaian berjenama dan perabot mewah tidak bersentuhan.

Menurut Daily Star, beberapa gambar daripada rumah yang ditinggal itu dikongsikan oleh seorang lelaki. Gambar-gambar tersebut menunjukkan barang-barang peribadi pemilik rumah terbiar tanpa disentuh. Peliknya, susuan barang-barang dalam rumah tersebut seakan menggambarkan yang penghuni rumah tersebut tergesa-gesa meninggalkan kediaman itu.

Antaranya ialah beberapa helai pakaian berjenama mewah seperti Gucci, Louis Vuitton dan Yves St Laurent selain daripada jam tangan yang tidak terusik dibiarkan di sebuah meja yang terletak di tepi katil.

Terdapat bilik air di tingkat atas yang mempunyai jakuzi dengan botol syampu dan perapi yang telah digunakan terletak berhampiran.

Advertisement

Malah, terdapat pokok di dalam pasu berdekatan jendela didapati masih hidup.

Lebih menarik, permainan catur yang ditinggalkan dalam keadaan seperti sedang dimainkan seakan memberi gambaran pemilik rumah tersebut meninggalkan kediaman mereka dalam keadaan tergesa-gesa.

Sementara di sekitar rumah pula, terdapat empat ke lima kenderaan termasuk sebuah Bentley yang sudah berkarat diparkir di halaman luar rumah dalam keadaan ditumbuhi rumput.

Manakala adi dalam peti surat pula terdapat beberapa surat yang bertarikh sejak 2016 yang memberi gambaran kemungkinan keluarga tersebut telah meninggalkan rumah tersebut sejak empat tahun lalu.

“Ia seakan penghuni rumah tersebut meninggalkan rumah tersebut di tengah malam dan lari tanpa membawa apa-apa. Ada pakaian yang baru didobi masih terbalut plastik, seolah-olah mereka tidak membawa pakaian,” katanya.

Advertisement

Tambah portal itu, lelaki tersebut percaya bekas penghuni rumah berkenaan merupakan milik warga Rusia berdasarkan rekod pemilikan hartanah di sana.

“Mungkin mereka pulang ke Rusia? Ia mungkin dalam keadaan tergesa-gesa, berus gigi pun masih ada,” ujarnya.

Difahamkan, rumah tersebut telah dibeli oleh seorang jutawan Greek, Athanasios Tachmintzis pada 1999. Dia tinggal di sana selama dua dekad bersama anak-anaknya. Pun begitu, tidak dapat dipastikan siapa yang terakhir menduduki rumah berkenaan sejak ia dibiarkan.

Kereta yang terbiar berkarat di luar halaman rumah.

Bilik mandi di bahagian tingkat atas.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel