Connect with us

Terkini

‘Diberi Masuk, Lepas Tu Terus Tutup Pagar’ – Dakwaan layanan Dua Darjat, Ini Penjelasan Masjid Putra

Ramai netizen mula merasa marah apabila melihat sebuah video yang tular di laman sosial, bagaimana seseorang dilihat datang lambat tetapi dapat masuk untuk solat Jumaat sedangkan para lelaki di situ yang sampai dulu pun dilihat masih beratur panjang.

Pengurusan Masjid Putra bagaimanapun tampil menjelaskan sebuah video yang tular mengenai layanan berbeza kepada jemaah yang hadir solat Jumaat  semalam di masjid itu.

Masjid itu dalam satu kenyataan berkata, pengurusan kehadiran jemaah di masjid itu sama ada solat fardu lima waktu atau solat Jumaat adalah mematuhi garis panduan dan ketetapan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu dengan kapasiti 300 orang.

Menurut kenyataan itu, daripada jumlah itu, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota buat jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dengan turut memaklumkan jangkaan waktu ketibaan mereka.

Advertisement

“Ini adalah bagi memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota ditetapkan,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Masjid Putra memberitahu, apabila kapasiti jemaah telah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pinta pagar utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid. Pihak masjid memaklum dan menasihatkan para jemaah secara baik mengenai perkara tersebut.

“Apabila kapasiti jemaah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama masjid dan menyebabkan ada jemaah yang hadir tidak dapat memasuki masjid.”

“Pihak masjid juga telah memaklumkan dan menasihati para jemaah secara baik mengenai perkara itu,” katanya.

“Bagi memelihara nama baik institusi masjid, pihak pentadbiran masjid akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan

Advertisement

“Justeru, kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi,” katanya.

Ujar kenyataan itu lagi, sebarang cadangan dan maklum balas bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra.

“Pihak Masjid Putra memohon kemaafan atas kekhilafan yang berlaku dalam hal ini,” katanya lagi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel