Connect with us

Global

Jalan Kaki Kurang 1 Tahun 9,000KM, Dari Tanah Jawa Berjaya Ke Makkah

Menunaikan haji adalah rukun Islam ke-5 setelah syahadah, solat, puasa dan zakat. Ia adalah salah satu amalan tahunan yang dilaksanakan semua orang Islam yang mampu dari segi material, fizikal dan men tal. Biasanya pada zaman ini, kapal terbang ataupun kapal laut digunakan dalam mencapai misi ke Tanah Suci Makkah.

Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan tekad seorang lelaki yang hendak berjalan kaki dari England ke Makkah bagi menunaikan haji pada tahun 2022. Sebelum beliau rupanya sudah ada pemuda dari negara jiran, dapat menunaikan haji dengan berjalan kaki daripada Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia ke Makkah. Perjalanannya tersebut bernama Mochammad Khamim Setiawan.

Mochammad Khamim berjalan dalam tempoh tidak sampai setahun untuk menjejak tanah suci Makkah. Walaupun kisah ini adalah pada tahun 2017, namun ia adalah kisah inspirasi yang tidak kenal masa. Jika kita benar berniat ikhlas dalam melakukan sesuatu ibadah, pasti kita akan mencari jalan dan tekad melakukan perkara tersebut, dan dengan berdoa Allah akan memudahkan urusan tersebut inshaAllah.

Hanya berbekalkan niat dan azam yang begitu teguh impian menunaikan haji oleh pemuda tanah Jawa graduan Ekonomi Universitas Negeri Semarang (Unnes) yang bersemangat waja ini akhirnya menjadi kenyataan.

Advertisement

Mengimbas semula pengembaraannya, Khamim atau pemuda yang mesra disapa Aim ini memulakan perkelanaannya dari daerah Pekalongan pada 28 Ogos 2016 hanya dengan membawa sebuah beg galas. Isi beg galas itu pula hanya senashkah al-Quran, beberapa helai pakaian, sarung kaki, khemah dan beg tidur, telefon pintar, GPS serta wang tunai berjumlah kira-kira 3 juta rupiah (RM955).

Pada mulanya memang pihak keluarga agak keberatan dengan hasratnya itu. Mungkin juga kurang yakin dengan kemampuan Khamim berjalan kaki. Namun larangan abangnya yang memaksa beliau melupakan hasrat berjalan kaki langsung tidak mema tahkan semangat Khamim. Malahan beliau lebih bersemangat untuk merealisasikan impiannya.

Bapa Khamim, Syaufani Solichin berkata jika Khamim mahukan sesuatu, dia akan bertekad untuk melakukannya sehingga berjaya. Tidak ada perkara yang mengha langnya. Dia adalah seorang anak muda yang mempunyai daya keyakinan diri yang sangat tinggi.

Tiada Persediaan Yang Aneh – Bapa

Sebelum melakukan perjalanan luar biasa itu ke Arab Saudi, Khamim tinggal di rumah berdua dengan ayahnya. 3 orang adik beradiknya tinggal di Jakarta, ibunya pula telah men1nggal dunia.

Advertisement

“Persiapannya 3 tahun, tidak ada yang aneh. Hanya perbanyak puasa dan ibadah,” terang Syaufani yang masih bekerja mengurus koperasi keluarga.

“Dia menjalani puasa Daud dalam 3 tahun terakhir,” tambahnya. Bapanya juga ada memberi wang sebanyak 1 juta rupiah kepada Khamim. Menurut bapanya lagi, Khamim tidak meminta yang aneh-aneh padanya. Beliau hanya ingin didoakan serta niat baiknya direstui oleh sang ayah.

“Dia tidak minta apa-apa, hanya minta didoakan. Saya yang tanda tangan surat pernyataan izin di Kantor Agama Pekalongan,” ucap bapanya lagi.

Dalam tempoh perjalanan Khamim, bapanya mengaku jarang berkomunikasi dengan anaknya. “Teman-temannya kadang kasih lihat saya foto. Pernah saya komunikasi lewat video (video call),” ujarnya.

Pesan Ayah, Jangan S0mbong

Advertisement

“Saya cuma pesan hati-hati di jalan. Jika sudah berhasil jangan sombong. Saya tidak tahu kenapa dia mau jalan kaki naik haji. Dia memang kalau sudah punya niat akan dilakukan,” tambahnya lagi.

Kembara Dari Tanah Jawa Ke Tanah Suci

Sepanjang perjalanannya ke Tanah Suci, Khamim memilih untuk berjalan kaki pada waktu malam. Jika sihat, dia mampu mencapai jarak sejauh 50 km sehari, namun jika kakinya sakit, beliau hanya mampu berjalan sejauh 10 km sehari. Beliau akan berhenti berehat di masjid, bangunan awam mahupun rumah penduduk.

Hanya 2 Kali Jatuh Sak1t

Sepanjang tempoh perjalanannya, beliau hanya sakit sebanyak 2 kali sahaja iaitu semasa berada di Malaysia dan India. Khamim akan berhenti di setiap kedutaan Indonesia yang dilaluinya bagi urusan visa dan membuat panggilan.

Advertisement

Bukan Kerana Kurang Wang

“Saya berazam mengerjakan haji dengan hanya berjalan kaki bukan kekurangan wang tetapi saya percaya ia merupakan cara saya mempelajari Islam daripada pelbagai ilmuan Islam selain berjumpa pelbagai orang dengan pelbagai latar belakang. Dengan cara ini saya dapat belajar budaya mereka dan menambah pengalaman,” katanya.

Dia adalah orang yang cukup mampu dari segi ekonomi. Khamim diketahui memiliki usaha kontraktor. Namun ditinggalkannya demi menjalankan misi ibadah. “Saya tak pernah meminta-minta. Namun saya selalu bertemu orang yang memberi makanan dan bekal lain,” kata Mochammad Khamim Setiawan menurut Khaleej Times sebuah media besar di UAE.

Khamim juga merekod perjalanannya di setiap negara yang dilalui selain mengemas kini akaun media sosial miliknya untuk memaklumkan kepada ahli keluarga.

Impian Jadi Kenyataan

Advertisement

Akhirnya, penat jerih memerah keringat pemuda tanah Jawa ini berbalas jua apabila pada 27 Julai 2017, Khamim akhirnya memuat naik gambar beliau memakai pakaian ihram dengan berlatar belakang Kaabah. Beliau tiba lebih awal dari tarikh jangkaan ketibaannya d Tanah Suci iaitu 30 Ogos 2017, iaitu sehari sebelum wukuf.

Inilah kepuasan yang tidak terhingga kepada Khamim. Bukan sahaja dapat mengembara tetapi juga hasratnya menunaikan haji pada usia muda (28 tahun pada ketika itu) akhirnya menjadi kenyataan.Berikut perjalanan yang dilalui oleh Khamim dari Pekalongan menuju ke Mekah.

  • Pekalongan – Merak 490 km (Darat)
  • Merak – Bakahuni 50 km (Laut)
  • Bakahuni – Jambi – K. Tungkal 820 km (Darat)
  • Jambi – Johor Baru (Malaysia) 200 km (Laut)
  • Johor Baru – Bukit Hitam (Malaysia) 844 km (Darat)
  • Bukit Hitam – Bangkok – Pataya (Thailand) – Mae Sot (Myanmar) 1720 km (Darat)
  • Mae Sot – Tamu Moreh (perbatasan Myanmar – India) 1300 km (Darat)
  • Tamu Moreh – Lahore (India – Pakistan) 2800 km (Darat)
  • Lahore – Karachi (Pakistan) 1200 km (Darat)
  • Karachi – Muscat 500 km (Laut)
  • Muscat (Oman) – Sana’a (Yaman) 2300 km (Darat)
  • Sana’a – Mekkah (Saudi) 1250 km (Darat)
  • Total Perjalanan Darat : 12724 km
  • Total Perjalanan Laut : 750 km

Dalam hidup pasti kita ada sesuatu yang benar-benar kita hendak capai. Sebesar manakah tekad dan kemahuan kita dalam mencapai usaha itu?

Sumber : mypendidik, Kashoorga, Tribunnews, Grid

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel